ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Edisi 60 Tahun dilancarkan – 60 unit sahaja

Berita Tempatan

Views

MINI telah memperkenalkan MINI Edisi 60 Tahun bagi meraikan sejarah pengeluar kenderaan ini selama enam dekad jenama ikonik itu. MINI Edisi 60 Tahun hadir dalam warna baharu Hijau ‘British Racing’ dan terhad sebanyak 60 unit sahaja untuk pasaran Malaysia. Harga anggaran jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) model ini adalah RM 255,888.00.

Ia menampilkan jalur bonet, projeksi logo, ambang pintu, stereng dibalut kulit ‘Walknappa’, yang disulam dengan tangan, ruang kabin dengan kemasan kulit berwarna ‘Dark Maroon’, permukaan dalaman dan set roda aloi ringan 17 inci bertemakan ‘60 Tahun’ yang eksklusif dengan 2 tona bersama tayar ‘run-flat’.

Ciri-ciri menarik MINI Edisi 60 Tahun:

  • Lampu hadapan LED.
  • Lampu kabus LED.
  • Indikator berwarna putih.
  • Lampu belakang LED dengan imej rekaan bendera ‘Union Jack’.
  • Paparan skrin sentuh 6.5 inci resolusi tinggi dengan fungsi Navigasi di ‘MINI Centre Instrument’.
  • Penyaman udara dengan fungsi kawalan suhu automatik. 
  • Sensor hujan.
  • Mod Pemanduan MINI dengan pilihan tetapan sama ada ‘Green’, ‘Mid’ dan ‘Sport’.
  • Ambien pencahayaan dalaman dengan 12 pilihan warna.
  • Fungsi Apple CarPlay untuk peranti iPhone.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Enjin dan transmisi

Model edisi terhad ini dijana enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti 2 liter yang dipadankan dengan transmisi DCT Steptronic Sports 7-kelajuan. Ia mampu menjana 192 kuasa kuda dengan daya kilas puncak 280 Nm.

Kereta ini boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.7 saat dengan kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j. Sungguhpun berkuasa, penggunaan pakai bahan api adalah sekitar 5.5 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 berjumlah 125 g/km.

Ciri-ciri keselamatan

MINI Edisi 60 Tahun dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ISOFIX, Kawalan Jarak Pakir Hadapan dan Belakang, Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan serta Kawalan Prestasi yang menjaga keseimbangan kenderaan.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Tawaran istimewa untuk tempoh terhad

Sempena sambutan ulang tahun ke-60, para pembeli model ini bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati tawaran program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan. Ia merangkumi servis berjadual percuma selama 60 bulan atau 80,000 km (mana-mana terdahulu) serta waranti 60 bulan tanpa had perbatuan. Bagi pembelian yang dibuat selepas 31 Ogos 2019, MINI Edisi 60 Tahun pula akan ditawarkan bersama waranti tanpa had perbatuan selama 4 tahun serta servis berjadual percuma.

Bantuan Tepi Jalan MINI

Program Bantuan Tepi Jalan selama 5 Tahun turut ditawarkan untuk semua kenderaan MINI yang merangkumi talian bantuan 24 jam, 365 hari setahun, servis tunda percuma (jarak lebih daripada 200 km dari tempat kediaman jika perlu), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, solusi servis mobiliti serta servis repatriasi.

Pembiayaan

Dengan ‘Easy Drive’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Edisi 60 Tahun boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,358.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh empat tahun, dengan had perbatuan berjumlah 20,000 km setahun).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply