ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINIfest kembali, pelbagai ‘keterujaan’ bakal menanti warga MINIacs!

Berita Tempatan

Views

MINI Malaysia bakal menganjurkan MINIfest 2023 dengan menyajikan pelbagai aktiviti dan hiburan, di samping memperagakan barisan kenderaan MINI yang bersejarah.

Bertemakan ‘Big Love‘ dan ‘Big Fun‘, MINIfest kali ini menyaksikan pelbagai aktiviti seperti pameran kenderaan MINI, sesi pandu uji, sesi melukis secara ‘live‘, serta aneka program hiburan dan bengkel, khusus untuk keluarga besar MINIacs.

Antara aktiviti yang mengujakan bakal menanti pengunjung, antaranya ialah MINI Slingshot, serta aneka permainan karnival kegemaran ramai.

Bukan itu sahaja, acara ini turut disokong oleh rakan-rakan jenama MINI, termasuklah vendor-vendor bergerak yang menawarkan aneka produk yang menarik untuk dibeli oleh warga MINIacs di festival itu nanti.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Daftarkan kehadiran anda ke acara ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik menerusi pelbagai sesi cabutan bertuah yang dijadualkan sepanjang hari tersebut.

Menerusi kerjasama dengan Modle.play, MINI Malaysia telah merangka sebuah pengalaman yang mempesonakan untuk seisi keluarga, selain dua bengkel khas dan ruang main untuk kanak-kanak.

Warga MINIacs juga dapat menyaksikan sejarah jenama MINI dan evolusinya yang mengagumkan melalui sebuah pameran di MINI Garage.

Pameran ini akan memperagakan jentera MINI Classic, MINI 3-Door R53, MINI 3-Door R56, MINI Coupe R58, MINI Countryman R60, dan MINI Paceman JCW R61.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Juga menampilkan 12 vendor yang popular di Tiffin at the Yard, festival ini akan menyajikan aneka juadah istimewa bertema MINI bagi memuaskan selera warga MINIacs.

Pengunjung juga berpeluang memandu uji MINI Countryman dan MINI Electric di acara tersebut, bermula jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam,

Berikut adalah butiran acara MINIfest 2023:

Tarikh: Sabtu, 22 Julai 2023
Masa: 11:00 pagi – 9:00 malam
Lokasi: Tiffin at the Yard @ Sentul Depot Sentul West, Jalan Stracha, 51100, Kuala Lumpur.

Hadiah aluan yang eksklusif akan diagihkan kepada 200 pengunjung terawal yang telah membuat prapendaftaran sahaja, manakala 300 pengunjung pradaftar yang berikutnya akan menerima baucar F&B.

Untuk maklumat lanjut mengenai MINIfest 2023, layari www.mini.my/en_MY/home/happenings/minifest-2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply