ARKIB

KATEGORI

Tular

Alphard milik Ahli Parlimen Pas memotong di garisan berkembar, pemandu beri alasan nak ‘elak daging korban rosak’

Tular

Views

Kenderaan milik Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary sekali lagi menjadi tular di media sosial selepas tersebar rakaman video memaparkan ia melanggar peraturan jalan raya.

Melalui rakaman tersebut kelihatan kereta jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan bernombor pendaftaran P 45 memotong kenderaan lain secara berbahaya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia juga memotong di kawasan laluan bergaris kembar, menandakan ia bukan kawasan yang dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata, siasatan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pemandu kepada bekas timbalan menteri terbabit.

Menurut Affandi kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada 2 Julai lalu di Kilometer 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pada 3 Julai kira-kira jam 7 petang telah dikesan satu video di laman sosial Facebook yang telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Abu Zaid Al-Harith.

Video tersebut memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P 45 telah memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

Pemandu telah memotong kenderaan lain di kawasan garisan berkembar disebabkan ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju bagi mengelakkan daging korban rosak. – MalaysiaKini

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply