ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi acah foto versi pengeluaran XFC Concept, buat debut sulung di GAIKINDO Ogos nanti!

Berita Global

Views

Setahun selepas kemunculan model konsepnya, di Vietnam Motor Show 2022, Mitsubishi Motors mula mengacah foto versi pengeluaran model konsep SUV kompak yang berasaskan XFC Concept.

Menerusi satu kenyataan media, Mitsubishi mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan model SUV serba baharu itu di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30, Ogos ini.

XFC Concept versi pengeluaran itu merupakan taruhan terbaharu Mitsubishi dalam segmen SUV yang dibangunkan untuk pasaran rantau ASEAN.

Model baharu itu nanti bakal menampilkan penggayaan SUV tulen yang bergaya dan mantap, serta praktikaliti seperti pengendalian, ruang simpanan yang pelbagai selain ruang kabin yang lapang.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

SUV kompak terbaharu ini juga telah menjalani ujian dan penalaan berulang dalam persekitaran jalan raya di rantau ASEAN.

Ia bakal memberikan ketenangan fikiran, meskipun ketika meredah permukaan kasar atau jalan yang ditenggelami air ketika hujan lebat.

Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa, buat julung kalinya model SUV kompak ini dilengkapi dengan sistem bunyi serba baharu, “Dynamic Sound Yamaha Premium“.

Ia merupakan hasil kolaborasi antara Mitsubishi Motors bersama pengeluar alat muzik dan perkakasan audio, Yamaha Corporation.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dengan penalaan khas yang dioptimumkan untuk ciri akustik kabin, sistem bunyi baharu dalam SUV kompak serba baharu itu bakal memberikan pengalaman bunyi yang premium dan mengasyikkan.

SUV segmen-B ini dijangka berentap dengan beberapa model seperti Honda WR-V, Toyota Yaris Cross, Nissan Kicks dan Hyundai Creta.

Ini bermakna, XFC Concept akan berada di antara ASX dan Eclipse Cross. Di pasaran ASEAN, SUV baharu itu akan menambah lagi barisan model sedia ada, di bawah model Xpander dan Xpander Cross.

XFC Concept dibangunkan sendiri oleh Mitsubishi dan ia tidak akan menjadi pengganti kepada ASX, kerana model tersebut telah pun diganti dengan versi ‘rebadgedRenault Captur di pasaran Eropah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Mitsubishi XFC Concept

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply