Laman Facebook rasmi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini telah menyiarkan beberapa siri video acah yang memaparkan sebuah Mitsubishi Xpander yang digayakan dengan konsep sukan permotoran.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Xpander Motorsport yang dipasang kit badan penuh dan ditampal dengan pelekat grafik pada badan itu merupakan hasil usahasama Mitsubishi Motors dan pelumba rali Kenneth Koh yang merupakan pemilik Speedline Industries.
Menerusi video acah tersebut, kita dapat melihat kit badan Xpander Motorsport bersama spoiler belakang bersaiz besar yang diinsirasikan dari jentera rali Xpander AP4 Ralli Art.
Selain itu, ia turut dipasang dengan rim aloi berbilang-jejari rekaan khas yang sporty dan unik. Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah MMM akan memperkenalkan model edisi khas atau kit badan Xpander Motorsport.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Xpander Motorsport, nantikan perkongsian seterusnya dari laman Facebook MMM dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI