ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Moto3 : Super KIP tidak lagi bersama dengan PETRONAS Yamaha SRT musim depan, John McPhee kekal

Berita Tempatan

Views

Dua situasi berbeza di kem PETRONAS Sepang Racing Team (SRT) yang sedang menyediakan pasukan bagi musim 2021 dalam saingan Moto3. Nampaknya selepas timbul isu ‘culas’ datang latihan dan bergelut untuk memulihkan prestasi musim ini telah memberi tamparan besar kepada pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi yang tidak akan bersama dengan pasukan itu lagi untuk musim depan.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Ia telah disahkan oleh pasukan berkenaan menerusi satu kenyataan media yang disiarkan menerusi laman sesawang mereka semalam. Menurut kenyataan tersebut, setelah dua tahun bersama, pelumba yang diberi gelaran ‘Super KIP’ itu akan meninggalkan pasukan itu pada hujung musim ini.

Khairul Idham Pawi mula menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Racing pada 2019 dalam saingan kategori Moto2, namun dek kerana kecederaan tangan yang dialaminya, beliau dan pasukan bersetuju untuk beralih ke kategori Moto3 tahun ini.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Dalam perkembangan yang berasingan, rakan sepasukannya petronas sah akan kekal untuk saingan Moto3 musim 2021. Beliau akan bergandingan dengan rakan sepasukan baharunya, Darryn Binder. Pelumba kelahiran Scotland yang menyertai pasukan dari Malaysia itu sejak 2019 bakal menunggang jentera Honda NSF250RW untuk saingan tahun depan.

Setakat ini beliau telah berjaya merangkul 14 posium dan tiga kali kemenangan, separuh daripadanya adalah bersama pasukan PETRONAS Yamaha SRT dan untuk ketika ini beliau berada pada kedudukan kelima senarai pelumba Moto3 dengan 109 mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply