ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu melulu dan pukul anggota bomba – Lelaki ini dihukum penjara enam bulan, didenda RM6K dan lesen digantung dua tahun

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang pengurus acara sambilan dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret di Kajang semalam berhubung kes mencederakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kan Hong Kit, 33, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, pemuda yang masih bujang itu didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah bagi tujuan menghalang penjawat awam, Alfred Rudy Anak Tungku daripada menjalankan kewajipan sebagai anggota bomba di tepi Jalan Suakasih, Batu 9 Cheras, Selangor pada jam 10.40 pagi, 15 Oktober lalu.

Pertuduhan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hairuliqram Hairuddin di hadapan Majistret, Muhammad Noor Firdaus Rosli.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Azhar Nik Adib merayu hukuman minima. Menurut peguamnya, dia mengaku kesal atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Bagaimanapun, Hairuliqram memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran supaya tidak memperlekehkan tugas barisan hadapan. Kata beliau, kejadian berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana orang ramai sepatutnya memberi kerjasama kepada penjawat awam apatah lagi anggota bomba berkenaan sedang memadamkan kebakaran kereta tertuduh.

Tambahnya, demi keselamatan orang awam, tertuduh tidak sepatutnya mencederakan anggota bomba, kerana ia mengelak letupan besar di lokasi tersebut. Bagi kesalahan itu, Majistret Muhammad Noor Firdaus menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Sementara satu lagi pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta Proton Pesona secara melulu atau dengan kelajuan atau merbahaya kepada orang awam. Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Suadamai pada jam 10.26 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan dan pemegang lesen memandu percubaan akan dibatalkan.

Bagi kesalahan itu, Majistret, Syahrul Sazly Md Sain menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM6,000 terhadap tertuduh. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Kesemua hukuman itu berjalan secara berasingan yang mana tertuduh perlu menamatkan tempoh hukuman penjara sebulan diikuti penjara lima bulan selain lesen memandu tertuduh digantung selama dua tahun. Khamis lalu, tular video seorang lelaki menyerang anggota bomba yang sedang memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply