ARKIB

KATEGORI

Tular

Myvi ini rosak teruk angkara terlanggar lembu berkeliaran

Tular

Views

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya merempuh tiga lembu berkeliaran di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor.

Video pelanggaran kenderaan tersebut dengan ternakan itu dikongsikan seorang penduduk Dengkil, Azwan Muhamad pada Twitter pagi semalam dan kejadian tersebut adalah pada waktu malam.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka berdurasi 25 saat itu, maklumat di situ menunjukkan kejadian tersebut menghampiri pukul 8 malam Jumaat lalu, malah suasana di situ gelap tiada lampu jalan di sekelilingnya.

Azwan berkata, masalah lembu berkeliaran di sekitar Dengkil semakin merunsingkan. “Malam tadi (Jumaat) kejadian di Jenderam Hilir. Mohon tindakan @AmirudinShari (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari).

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

“Siang semalam di Kampung Dato Ahmad Razali Dengkil, penduduk kampung siap panggil polis kerana risau tengok banyak lembu entah dari mana datangnya. Saya yakin lembu ini semua bertuan. Tapi dilepaskan tanpa pengawasan,” katanya pada ciapan tersebut.

Azwan memberitahu, bangkai lembu yang mati dipercayai akibat kemalangan itu masih ada di tepi jalan. “Pemilik sudah pasti tidak akan mengaku itu lembu peliharaannya,” katanya.

Sementara itu, gambar kereta Perodua Myvi yang terlibat kemalangan tersebut menunjukkan terdapat remukan yang teruk di bahagian hadapan kenderaan itu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azwan Muhamad

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply