ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasukan Isuzu berjaya kumpul dana untuk persatuan kebajikan di Sarawak

Berita Tempatan

Views

Peserta larian yang mewakili pasukan Isuzu dalam acara Kuching Marathon 2019 telah berjaya mengumpul sejumlah dana untuk diserahkan kepada pihak Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) dan Persatuan Orang Kurang Upaya Kuching (House of Joy) hari ini.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura telah menyampaikan replika cek sumbangan tersebut kepada wakil mereka, iaitu Kelvin Wan Kwong Wei, Pengasas, Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) dan Shen Chiu Hsian, Pengasas Persatuan Orang Kurang Upaya Kuching (House of Joy).

Pasukan marathon Isuzu diketuai oleh Koji Nakamura dan terdiri daripada pihak pengurusan dan staf Isuzu Malaysia serta wakil media. Mereka turut serta dalam larian berkenaan sebagai usaha meraih dana untuk badan-badan kebajikan tempatan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Nakamura berkata, ia merupakan satu usaha yang sangat membanggakan dan sangat berterima kasih kepada semua yang turut menjayakan usaha ini, terutama sekali wakil media yang telah banyak memberikan sokongan.

Dana yang terkumpul itu sebahagiannya datang daripada komitmen pengedar-pengedar Isuzu di Sarawak, termasuk Dai Max Automobile, KM Mobil dan Rhino Motors yang turut diwakili masing-masing oleh Terry Tiong Ung Hung, Tan Kim Hoon dan Amy Lim pada majlis berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply