ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Mazda CX-30 ‘langgar lari’ rider foodpanda serah diri

Tular

Views

Seorang penghantar makanan cedera apabila motosikal dinaikinya dilanggar sebuah kereta yang mengubah haluan secara tiba-tiba di Jalan Ampang-Tambun di Ipoh, semalam.

Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut tular di media sosial apabila pemandu kereta Mazda CX30 terbabit bertindak melarikan diri dengan membiarkan penunggang motosikal berusia 34 tahun itu di tepi jalan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu kereta berusia 48 tahun itu bagaimanapun sudah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran Balai Polis Tambun. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan sebelum menghimpit dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan, manakala pemandu kereta pula terus melarikan diri sejurus kemalangan itu. Mior Faridalathrash berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa memandu lebih-lebih lagi ketika peningkatan kenderaan di atas jalan berikutan kelonggaran perjalanan pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply