ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengenalan model baharu Proton dan Honda dijangka kukuhkan DRB-Hicom

Berita Tempatan

Views

DRB-Hicom Bhd akan terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif di Malaysia apabila isu rantaian bekalan kembali normal, dengan memanfaatkan kepada jualan Proton, Honda, Isuzu dan Mitsubishi pada 2023.

Berita Harian melaporkan, Penganalisis Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), Daniel Wong, berkata Proton dijangka memperkenalkan dua model menarik, manakala Honda akan menampilkan tiga model pada tahun kewangan 2023.

Beliau berkata, volum pengeluaran industri yang sedang meningkat juga memberikan manfaat kepada rantaian bekalan automotif kumpulan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menerusi satu nota penyelidikan, pihaknya menjangkakan Proton akan mempercepatkan program eksport pada 2023 ke rantau Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara pada 2023.

DRB-Hicom kembali pulih pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan mencatatkan keuntungan bersih RM187.71 juta berbanding kerugian bersih RM296.42 juta setahun lalu.

Hasil untuk tahun kewangan 2022 meningkat 25.3 peratus kepada RM15.51 bilion daripada RM12.38 bilion sebelumnya. Tiga sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan hasil positif itu ialah automotif, aeroangkasa dan pertahanan serta sektor perbankan.

Peningkatan dalam permintaan automotif yang didorong oleh ‘cuti cukai jualan’ oleh kerajaan meningkatkan hasil untuk Proton dan jenama lain di DRB-Hicom membantu melonjakkan hasil lebih daripada 35.2 peratus.

Bagi segmen aeroangkasa dan pertahanan, Wong berkata Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dijangka terus meningkatkan pengeluaran, memanfaatkan permintaan global yang semakin bertambah bagi perjalanan udara apabila negara-negara membuka semula sempadan masing-masing dan memansuhkan sekatan perjalanan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau berkata, industri perkhidmatan pula menyaksikan Bank Muamalat Malaysia Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi dan persekitaran kadar faedah yang meningkat.

Bagaimanapun, kemampanan Pos Malaysia Bhd kekal menjadi kebimbangan apabila segmen itu berdepan kemerosotan volum dan persaingan daripada perkhidmatan sumber dalaman.

Beliau berkata, HLIB mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM2.24.

Pihaknya kekal positif terhadap tinjauan DRB-Hicom dengan segmen automotif yang kukuh, terutamanya ke atas pertumbuhan Proton dalam jangka panjang.

Daniel juga yakin dengan tinjauan Proton dengan barisan model baharu yang menarik dan sokongan Geely untuk tahun-tahun akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply