ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang Ducati Panigale maut, gagal elak Myvi keluar simpang mengejut

Berita Tempatan

Views

Seorang penunggang motosikal berkuasa besar maut selepas motosikal jenis Ducati Panigale ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Petronas Sungai Soi di Kuantan, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa Khairul Azhan Mohd Naim,27, dalam pejalanan dari arah Kuantan ke Pekan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jelasnya, apabila sampai di tempat kejadian ketika penunggang motosikal sedang bergerak lurus kereta jenis Perodua Myvi telah keluar dari simpang kiri secara mengejut menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat megelak dan melanggar bahagian pintu kanan hadapan kereta.

Akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian rusuk kanan.

Menurut Wan Mohd Zahari mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan terdapat simpang tiga dengan sistem jalan dua lorong satu hala.

Semasa kejadian permukaan jalan adalah rata dan jalan kering dalam keadaan cuaca baik dengan tahap pencahayaan waktu malam. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply