ARKIB

KATEGORI

Buletin

Himpunan jentera BMW M bakal ‘rancakkan’ Pavillion Bukit Jalil 18 Disember ini

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia bakal melabuhkan tirai 2021 menerusi himpunan jentera BMW M di Pavillion Bukit Jalil pada 18 Disember 2021. Acara ini bakal melibatkan lebih 100 jentera BMW M yang bakal menyusuri jalan raya Kuala Lumpur sempena sambutan ulang tahun BMW M yang ke-50 pada tahun 2022.

Menerusi kolaborasi dengan BMW M Owners Club, barisan jentera berprestasi tinggi BMW M akan tiba dari segenap pelusuk negara untuk berhimpun buat tatapan umum.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ekspresi kenderaan BMW dengan prestasi tertinggi mula diperkenalkan menerusi projek perlumbaan sulung mereka, BMW 3.0 CSL yang berentap dalam European Touring Car Championship. Hanya 1,265 unit model ini pernah dihasilkan.

Bagi meraikan perayaan Krismas, kanak-kanak dari komuniti rentan, ditempatkan di Rumah Charis, juga akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sumbangan hadiah yang dihoskan oleh para anggota BMW M Owners Club.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Perbarisan kenderaan BMW M ini akan dibuka untuk tatapan umum, dan para pemilik BMW M yang berminat juga boleh mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Berikut adalah butiran acara berkenaan:

Tarikh : 18 Disember 2021, Sabtu
Waktu : 10:00 pagi hingga 3:00 petang
Lokasi : Piazza of Pavilion Bukit Jalil, Pusat Bandar, 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Chasing Christmas BMW M Owners Drive’, sila layari laman Instagram BMW M Owners Club di pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply