ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua siar video acah kedua Myvi facelift, perincian pada bampar didedahkan

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Perodua hari ini telah menyiarkan video acah kedua Myvi facelift. Kali ini kita dapat melihat dengan lebih jelas reka bentuk jeriji, lampu utama jenis LED serta bampar hadapan dan juga belakangnya.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Jika dibandingkan dengan video intip Myvi facelift yang diangkut dengan treler dalam artikel terdahulu, bahagian bawah bampar bampar hadapan dan belakang varian 1.5 liter AV (Advance) berwarna Cranberry Red  ini dihiasi plat gelincir dengan kemasan krom kusam.

Bampar belakangnya juga dicat dengan dwitona (warna badan dan juga hitam) pada tempat untuk meletakkan nombor plat. Selain itu kelihatan juga ruang kabin Myvi facelift yang menampakkan kemasan dwitona (merah dan hitam) pada kemasan tempat duduknya.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Meskipun agak kabur, nampak seakan tombol gearnya juga turut berkongsi komponen dengan Ativa, selain setereng. Meter baharunya turut dipaparkan dalam iklan acah terdahulu, yang memaparkan kombinasi meter analog bersama satu skrin pelbagai info jenis TFT berwarna penuh di tengahnya.

Sebenarnya, kalau anda perasan, meter tersebut turut berkongsi komponen sama dengan model MPV tujuh tempat-duduk Daihatsu Xenia 20202. Apa pun, kita nantikan iklan acah terbaharu dari Perodua dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply