Dua pengajar latihan memandu maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Baru Baling-Kupang, hari ini.
Mangsa, Muhammad Hanis Fahmi Abu Bakar, 23 dan Muhamad Firdaus Z Rosli, 36, meninggal dunia selepas masing-masing mengalami kecederaan pada muka serta badan.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu jam 1.02 petang membabitkan sebuah lori jenis Isuzu itu dari arah Charok Nau menghala Kuala Ketil dengan Perodua Viva dari arah bertentangan.
Jelas beliau, Perodua Viva dipercayai hilang kawalan lalu berpusing ke laluan lori dan melanggar bahagian hadapan kenderaan itu.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Tambah beliau, kereta terbabit kemudian terbabas ke longkang di tepi jalan arah ke Kupang menyebabkan pemandu dan penumpang tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Shamsudin berkata, mayat pemandu dan penumpang Perodua Viva itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Baling Today Official
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI