ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Testing’ bakar mercun di tengah lebuh raya, pemandu lori ditahan

Tular

Views

Seorang lelaki ditahan selepas membakar mercun di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Tesco Ampang.

Suspek yang berusia 35 tahun itu memberi alasan membakar mercun sebagai percubaan kerana diminta pelanggan yang mahu membeli mercun dijual rakannya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sumber berkata, lelaki terbabit ditahan di tepi jalan selepas video dia membakar mercun di lebuh raya tular di media sosial.

Suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat. Tujuan dia membakar mercun adalah ‘testing‘ seperti diminta pelanggan.

Video yang tular itu dirakam oleh pelanggan berkenaan. Siasatan lanjut berhubung kejadian kini sedang dijalankan,” katanya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurutnya, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang juga pemandu lori itu mendapati dia negatif sebarang penggunaan dadah.

Permohonan reman terhadap suspek sedang dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan terbabit. Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply