ARKIB

KATEGORI

Info

PLUS turap jalan berlubang yang jadi punca kemalangan motosikal baru-baru ini

Info

Views

Menerusi satu kenyataan ringkas di laman Facebook rasminya, PLUS Malaysia Berhad telah mengambil tindakan untuk menurap jalan yang berlubang merujuk kepada insiden di KM 118.9 (Arah Utara) yang sedang tular baru baru ini. Pihak juga PLUS berasa kesal atas kejadian tersebut yang telah menyebabkan kemalangan motorsikal.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Kerja-kerja penurapan telah dijalankankan secara berperingkat sejak 6 Mei, 8 Mei dan terkini pada 9 Mei selepas mendapat aduan mengenai perkara tersebut. Namun penurapan yang dijalankan tidak sempurna disebabkan oleh faktor cuaca yang berlaku pada minggu ini dan laluan tersebut terus dipantau dan akan diselenggara sekali lagi pada malam ini, 10 Mei 2019.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

PLUS memohon kerjasama semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya lebih berhati-hati dan merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda serta arahan di lokasi. Keprihatinan dan kerjasama para pengguna lebuh raya amatlah dihargai.

Kami berharap pihak PLUS turut memberikan pampasan yang sewajarnya kepada mangsa kemalangan tersebut dan jalan yang berlubang ini dapat ditampal dengan sempurna secepat mungkin.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply