ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis Johor guna iCOPS kesan pesalah trafik ada saman tertunggak

Berita Tempatan

Views

Polis Johor kini menggunakan kamera pintar yang dikenali sebagai iCOPS bagi mengesan pesalah trafik dengan tunggakan kompaun serta waran tangkap di negeri ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sebanyak empat peranti iCOPS atau kamera pintar itu dibekalkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sejak awal tahun ini.

Jelasnya, Polis Johor dibekalkan empat kamera pintar iCOPS yang kini digunakan di tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan (JBS) dan Iskandar Puteri selain unit peronda trafik di lebuh raya negeri ini.

Penggunaan alat ini dapat mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap, nombor pendaftaran palsu dan rekod jenayah curi.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Data kenderaan akan diperoleh melalui saringan nombor pendaftaran menerusi iCOPS yang kemudian dihubungkan dengan pangkalan data iCOPS JSPT. Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Operasi Sepadu Kenderaan Perdagangan terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung isu kenderaan perdagangan yang masih ingkar dalam pematuhan undang-undang jalan raya.

Sebanyak 150 operasi ke atas kenderaan perdagangan secara menyeluruh membabitkan kontinjen Johor telah dijalankan bagi tempoh Januari hingga September.

Hasil daripada operasi yang telah dijalankan itu, sebanyak 208 buah kenderaan perdagangan telah disita dan 341 saman POL 257 dikeluarkan dengan sebanyak 208 kes dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Operasi bersepadu kenderaan perdagangan akan diteruskan dengan konsep penguatkuasaan penuh oleh JSPT bagi memastikan semua pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pada operasi yang disertai kira-kira 51 pegawai dan anggota dari Unit Peronda Lebuhraya Bahagian Trafik Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor,JAS Johor dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) itu, Ayob Khan berkata, sebanyak 93 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ujar beliau, operasi dijalankan berikutan pihaknya menerima banyak maklumat daripada orang awam berhubung kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan kenderaan perdagangan.

Tambahnya lagi, antara kesalahan yang sering dilakukan kenderaan perdagangan termasuklah memandu melebihi had laju, memandu secara berbahaya, brek tidak berfungsi, tayar botak dan juga membawa muatan berbahaya, lampu signal tidak berfungsi selain halangan di lorong kecemasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply