ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tahan wanita pandu lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita ditahan petang semalam, bagi membantu siasatan kes memandu kereta melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru (arah Desaru), berhampiran susur keluar Plaza Tol Cahaya Baru, Masai, di Johor Bahru, Khamis lepas, di mana video kejadian terbabit tular dalam laman sosial.

Menurut Bernama, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wanita berumur 46 tahun itu ditahan pada 6.30 petang, selepas hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Jelas beliau, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor menerima rakaman video tular berdurasi 0.48 saat (rakaman kamera pemuka) pada kira-kira 12 tengah hari semalam, berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya dengan menyonsang arus di Lebuh Raya Senai-Desaru (arah Desaru), berhampiran susur keluar Plaza Tol Cahaya Baru.

Tambah beliau, bertindak atas maklumat, JSPT Johor berjaya mengenal pasti butiran kereta terbabit di mana kejadian tersebut dirakam orang awam dipercayai pada kira-kira 4.30 petang, 7 Januari lepas.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Ayob Khan berkata wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000, serta hilang kelayakan lesen memandu tidak melebihi lima tahun, sekiranya sabit kesalahan.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara terbabit dan tidak akan berkompromi, sekali gus akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja melanggar undnag-undang jalan raya.

Polis Johor akan memastikan siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan pertuduhan di mahkamah atas kecuaian suspek, yang mana dengan jelas boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Dalam masa yang sama beliau turut merakamkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat bagi membantu polis mengesan wanita terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply