ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pos Malaysia terima 50 motosikal elektrik Modenas MEV-1

Berita Tempatan

Views

Pos Malaysia Berhad hari ini telah menerima penghantaran 50 buah motosikal elektrik, MEV-1 daripada Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan DRB-HICOM EZ Drive Sdn Bhd (AVIS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer, inisiatif ini merupakan penanda penting dalam komitmen berterusan pihaknya terhadap kelestarian alam sekitar.

Selain daripada jumlah keseluruhan 55 buah motosikal elektrik yang telah beroperasi di Lembah Klang, syarikat itu akan memobilisasikan 50 lagi motosikal elektrik Modenas ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Johor, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pos Malaysia menyasarkan sebanyak 200 buah motosikal elektrik dan 143 buah van elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, MEV-1 mewakili inovasi dan penyelesaian mobiliti lestari serta melambangkan komitmen mereka untuk menyediakan alternatif pengangkutan yang mesra alam di Malaysia dan di luar negara.

Dengan teknologi terkini dan reka bentuk yang elegan, MEV-1 melambangkan lonjakan yang signifikan ke arah masa depan yang lebih mesra alam bagi landskap pengangkutan negara.

Ketua Pegawai Operasi AVIS Malaysia, Mohd Syahrul Yusuf pula menambah, pihaknya turut berbangga untuk menyumbang secara aktif kepada pengurangan jejak karbon di Malaysia.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pos Malaysia telah melancarkan Pelan Hala Tuju Kelestarian pada awal tahun ini, merangkumi pelan pelan untuk mengurangkan jejak alam sekitarnya, dengan matlamat emisi karbon bersih untuk operasinya menjelang tahun 2050.

Sasaran kelestarian ini menunjukkan komitmen Kumpulan untuk menyokong usaha global dalam memastikan kenaikan suhu global adalah di bawah 1.5°C.

Kumpulan ini terus berdedikasi untuk mencapai matlamat kelestarian dari pelbagai sudut, termasuk komitmen untuk mencapai emisi karbon bersih menjelang tahun 2050.

Pos Malaysia adalah syarikat peserta United Nations Global Compact (UNGC), ahli International Post Corporation (IPC) Sustainability Measurement and Management System (SMMS), dan secara aktif menyumbang kepada pengurusan kelestarian dan pengurangan jejak karbon industri pos dan bungkusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply