Akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars malam ini sekali lagi ‘mengusik’ warganet dengan iklan acah terbaharunya yang memaparkan ‘bentuk lampu depan‘ model pertamanya yang merupakan sebuah SUV.
‘Sudah terang lagi bersuluh’, model SUV elektrik yang akan membuat penampilan sulungnya pada Jumaat ini adalah adalah ‘kembar’ kepada Geely Galaxy E5, versi pemanduan kanan (RHD).
Cukup sekadar meletakkan imej tangkap layar dan foto bahagian lampu depan Galaxy E5 secara bersebelahan, segalanya telah pun ‘terungkai’ begitu sahaja!
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET), Zhang Qiang ‘mendedahkan’ bahawa model SUV elektrik Geely Galaxy E5, bakal menjadi model EV sulung Proton e.MAS.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Model itu juga menggunakan namakod dalaman ‘E245‘ yang secara kebetulan pula berkongsi namakod yang sama dengan Galaxy E5.
Pemasangan unit siap bina (CBU) model Proton e.MAS itu akan bermula di China pada awal tahun hadapan, manakala pemasangan tempatan (CKD) dijangka bermula pada akhir tahun (2025).
Permohonan tanda dagang nama ‘e.MAS7‘ pula telah pun difailkan oleh ejen, Amera binti Mohd Yusof/Amera & Associates Advocates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tanda dagang atas nama e.MAS7 telah didaftarkan menerusi tujuh kategori berbeza pada 13 Jun 2024 dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dan juga pewartaan.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Model SUV elektrik ini bukan satu-satunya model yang akan diperkenalkan oleh jenama Proton e.MAS kerana ada dua lagi model yang telah diacah sebelum ini, iaitu sedan dan hatchback kompak.
Mengikut firasat penulis, ada kemungkinan model hatchback kompak itu adalah versi RHD model Geome Xingyuan, manakala model sedan itu pula, berkemungkinan model sedan Geely Galaxy E8.
Ada dua lagi calon model sedan yang berpotensi untuk memakai lencana ‘kepala harimau’ Proton e.MAS selain Galaxy E8, iaitu Galaxy L6 PHEV dan juga Geely Geometry G6.
Agak-agak apakah yang akan diacah oleh akaun Facebook rasmi Proton e.MAS pada hari esok? Sama-sama kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theottle
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI