ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lanjutkan kerjasama dengan Petronas Lubricants

Berita Tempatan

Views

Proton melanjutkan lagi kerjasama mereka bersama Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM) selama sepuluh tahun, bagi menghasilkan dan membekalkan produk-produk pelincir dan bendalir-bendalir berfungsi, berkuatkuasa 1 Januari 2019. PLMM merupakan anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Petronas Lubricants International (PLI).

Majlis menandatangani perjanjian tersebut semalam disaksikan oleh Datuk Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB dan Pengerusi PLMM dan PLI serta Giuseppe D’Arrigo, Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed.



JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?

Dr Li Chunrong berkata, Proton bakal menghasilkan pelbagai model baharu dan sangat teruja untuk meneroka dengan lebih mendalam cecair-cecair teknikal yang dihasilkan bersama Petronas. Pada tahun ini Proton berjaya mencapai peningkatan jualan yang didorong oleh jualan model SUV pintar, X70.

Datuk Sri Syed Zainal Abidin pula berkata, Petronas telah menjadi pembekal cecair rasmi kepada Proton sejak 1989 dan berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkongsian tersebut. Ini merupakan bukti jelas kepercayaan dan keyakinan Proton terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

Melalui perkongsian ini, PLI dan PLMM akan terus membekalkan pelbagai produk berkualiti untuk memenuhi keperluan kilang Proton dan servis selepas jualannya, dengan menjadikan rangkaian Petronas Syntium SE sebagai produk utama. Pelincir-pelincir dan cecair-cecair berfungsi Petronas dihasil berdasarkan pendekatan bersepadu Petronas Fluid Technology SolutionsTM, yang kini berada di tahap teras dalam kerja-kerja kejuruteraannya.

Petronas memanfaatkan pengetahuan dan pemahaman yang diperoleh melalui kemudahan R&D yang luas di seluruh dunia termasuklah Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global bernilai USD$60 juta yang terletak di Villastellone Turin, Itali serta Pusat Penyelidikan dan Teknologi Satellite yang bernilai USD$8 juta di Contagem, Minas Gerais, Brazil.

JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply