ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lepasi angka jualan 100k unit dua bulan lebih awal

Berita Tempatan

Views

Proton menutup suku ketiga (Q3) 2022 dengan jualan sebanyak 14,872 unit (domestik + eksport) pada bulan September.

Jumlah jualan terkumpul (YTD) Proton hingga setakat ini pula sebanyak 102,353 unit, meningkat 40.2 peratus berbanding sembilan bulan pertama tahun lalu.

Ia merupakan tahun keempat berturut-turut sasaran 100,000 unit telah dicapai dan pada tahun ini, ia berlaku dua bulan lebih awal daripada tahun sebelumnya.

Proton juga kekal di tempat kedua dalam carta jualan dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.8 peratus untuk bulan September.

Hasilnya, angka pegangan pasaran YTD telah melebihi 20 peratus buat kali pertama tahun ini, iaitu pada paras 20.1 peratus. Bagaimanapun, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi September dianggarkan menyusut kepada kira-kira 62,500 unit.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Meskipun memulakan tahun dengan pelbagai isu, ketersediaan alat ganti akibat kesan berlarutan daripada banjir pada bulan Disember, Covid-19, dan kekurangan cip mikro global, volum pengeluaran Proton telah stabil membolehkan syarikat menyerahkan lebih banyak unit kepada pelanggan yang menunggu.

Sebanyak 4,517 unit X50 telah diserahkan pada bulan September dan ini menyumbang kepada jumlah terkumpul YTD sebanyak 29,591, meningkat sebanyak 78.2 peratus berbanding tempoh sembilan bulan pertama tahun 2021.

Saga pula menetapkan paras tertinggi baharu untuk tahun 2022 dengan 6,442 unit. Jumlah YTDnya setakat ini adalah sebanyak 40,603 unit, meningkat sebanyak 49.3 peratus.

Model lain turut menunjukkan prestasi yang sama baik pada bulan September, antaranya X70 dengan 1,730 unit diserahkan. Jumlah YTDnya kini sebanyak 14,145 unit.

Exora juga masih popular dengan 418 unit diserahkan bulan lepas, volum YTDnya juga telah meningkat sebanyak 15.6 peratus dengan 3,108 unit diserahkan pada tahun 2022.

Persona mencatatkan 1,159 unit, manakala Iriz mencatatkan 606 unit pada bulan September. Kedua-duanya merosot 2.3 peratus dan 13.2 peratus masing-masing dengan jumlah 10,787 dan 4,119 unit YTD.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, prestasi suku ketiga Proton adalah suku terbaik bagi tahun ini, dengan 42,229 unit untuk tiga bulan dari Julai ke Ogos.

Tambahnya, Perjanjian Pengedaran Am dengan smart membolehkan mereka menjual EV daripada jenama itu bermula pada tahun 2023, manakala pembentukan PRO-NET membuktikan komitmen mereka untuk membangunkan dan menawarkan kenderaan tenaga baharu pada masa hadapan.

Selain itu, anak syarikatnya, Proton Commerce Sdn Bhd pada bulan September telah mengeluarkan sebnayak 2,872 pinjaman, melepasi pencapaian tertinggi sebelumnya pada bulan Mac.

Ini meningkatkan jumlah pinjaman yang dijamin pada tahun 2022 kepada 15,504, melebihi 14,550 pinjaman yang dikeluarkan pada keseluruhan tahun 2021.

Tambah Roslan, kenaikan OPR sebanyak 75bps pada tahun ini meyebabkan pelanggan giat mencari pakej terbaik yang tersedia untuk membiayai pembelian kereta baharu mereka.

Proton Commerce turut menawarkan pelbagai tawaran inovatif termasuk kadar terendah untuk pembeli Saga serta keperluan pendapatan bulanan yang rendah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply