ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan kereta sewa penuh, Perodua Alza dan Proton Exora ‘paling laku’

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan kereta sewa untuk kegunaan sempena cuti perayaan Aidilfitri sudah penuh ditempah sejak satu Ramadan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Qaiser Auto Mall, Mohd Fauzi Che Roas berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) mendapat permintaan tinggi ekoran kebanyakan pelanggan mempunyai ahli keluarga ramai selain mementingkan keselesaan ketika perjalanan jauh.

Katanya, hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke kampung. Kereta yang paling ‘laku’ adalah Perodua Alza dan Proton Exora.

 

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tambahnya, selain itu kereta kompak (seperti) Perodua Myvi juga ada permintaan, kebanyakannya pelajar (yang akan sewa). Mereka akan berkongsi kereta (car pool) dengan rakan-rakan sekampung untuk lebih jimat.

Dalam pada itu Mohd Fauzi berkata, ada juga antara pelanggannya yang sanggup berhabis duit sehingga RM1,300 sehari menyewa kenderaan mewah seperti Toyota Alphard, Vellfire dan Hyundai Starex untuk kelihatan bergaya ketika pulang ke kampung.

Walaupun harga sewaan mencecah ribuan ringgit ketika musim perayaan, Mohd Fauzi berkata, masih ramai yang sanggup menyewa kenderaan tersebut sehingga lima hari.

Jelasnya, jika bukan musim perayaan, harga (sewaan) kereta mewah antara RM850 hingga RM950 sehari, tetapi pada musim raya harga boleh cecah sehingga RM1,000 hingga RM1,300 sehari.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Kadang-kadang ahli keluarga tak ramai tetapi sebab ‘nak menunjuk’ (showoff) pada orang kampung, mereka sanggup berhabis duit,” katanya.

Sementara itu Mohd Fauzi turut mengakui, kebanyakan pengusaha kereta sewa akan menaikkan kadar sewaan pada musim perayaan, namun masih pada tahap yang munasabah.

Ini kerana katanya, ia mengambil kira beberapa faktor lain antaranya pembiayaan insurans dan belanja penyelenggaraan kenderaan.

Bagi menghargai pelanggan, pihaknya akan penuhkan tangki minyak kenderaan sebelum diserahkan kepada mereka dua hari sebelum sambutan Aidilfitri selain beri sumbangan duit raya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply