ARKIB

KATEGORI

Buletin

DRB-Hicom dan Geely meterai HoA, perkukuhkan kerjasama dua hala

Berita Global

Views

DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) memeterai perjanjian induk (HoA) bagi mengukuhkan lagi fasa selanjutnya kerjasama antara kedua-dua syarikat.

Dalam satu kenyataan, DRB-Hicom berkata HoA itu menyasar untuk melihat pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) sebagai hab kenderaan generasi akan datang di Tanjung Malim yang meliputi rantaian nilai penyelesaian automotif dan mobiliti meluas.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut DRB-Hicom, fokus HoA itu adalah terhadap pembangunan sebuah bandar automotif bersepadu yang akan melahirkan hab industri kenderaan tenaga baharu.

Tambah DRB-Hicom, AHTV akan meliputi kawasan kira-kira 1,000 ekar dan akan diperluaskan sewajarnya bagi menampung keperluan masa hadapan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Perjanjian dimeterai oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely, Daniel Li Donghui pada Forum Perniagaan Malaysia-China yang diadakan di Beijing, baru-baru ini.

Majlis memeterai perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam kunjungan rasmi empat hari dari 29 Mac hingga 1 April 2023.

DRB-Hicom berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang, pembangunan AHTV dijangka menarik pelaburan bernilai RM32 bilion, termasuk oleh syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply