ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terima Honda Accord sebagai balasan, bekas penyemak tender UiTM ‘mengaku tidak bersalah’

Berita Tempatan

Views

Bekas jurutera merangkap penyemak tender Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan rasuah sebuah kereta jenis Honda Accord bagi pemerolehan tender di universiti tersebut pada 2009.

Tertuduh, Mohd. Saini Awang, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Saini telah menggunakan jawatannya sebagai pegawai awam iaitu jurutera dan penyemak tender di pejabat pengurusan fasiliti UiTM Cawangan Selangor kampus Puncak Alam bagi memperoleh suapan sebuah kereta jenis Honda Accord 2.4 i-VTEC.

Ini sebagai balasan membantu sebuah syarikat memperoleh tender bagi kerja Perkhidmatan Bersepadu Pengurusan, Penyelenggaraan dan Operasi Bangunan di Zon 1 (Kolej Angsana), UiTM Kampus Puncak Alam selama tiga tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM kampus Puncak Alam pada Mac 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh diwakili Peguam Faizal Rahman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 April depan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?ggg

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply