ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hantar servis Iriz menang pula Saga Premium

Berita Tempatan

Views

Dengan menghantar Proton Iriz miliknya ke Pusat Servis Kecemerlangan Proton di Subang Jaya bagi melakukan penyelenggaraan berjadual, Azrul Firdaus Bin Ramli, seorang jurutera jaminan kualiti berusia 30 tahun dari Bukit Jalil telah diumumkan sebagai pemenang bagi peraduan Servis & Menang Proton.

Lebih manis, beliau telah berjaya membawa pulang hadiah uatam sebuah Proton Saga Premium AT baharu. Peraduan yang mendapat kerjasama daripada Petronas ini telah berlangsung sejak 15 Ogos dan berakhir pada 15 November tahun lalu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Lebih daripada 125,000 pelanggan telah menghantar kereta mereka dalam tempoh peraduan tersebut dan peserta yang layak dikehendaki memuat naik gambar kereta mereka di Facebook dan disertakan dengan kapsyen gambar yang kreatif. Kemudian, Pengurusan Proton akan memilih pemenang berdasarkan kreativiti mereka.

Setakat ini, Proton mempunyai sebanyak 121 cawangan,dan ia dijangka akan meningkat dengan sasaran sebanyak 150 cawangan menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, berkata dalam tempoh kitaran pemilikan selama lima tahun, pelanggan akan kembali untuk melakukan servis atas pelbagai sebab dan ini dilihat sebagai peluang untuk Proton menonjolkan pengalaman jenamanya yang premium.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Tambahnya, strategi ini telah mendorong mereka untuk melabur dalam rangkaian 3S/4S yang komprehensif dan dalam pada masa yang sama membantu memastikan kereta- kereta dijaga dengan baik oleh juruteknik terlatih.

Bagi memastikan perkhidmatan pelanggan dan selepas jualan dikekalkan pada tahap yang tinggi, Proton meneruskan inisiatifnya melabur dalam program latihan khusus untuk juruteknik serta kakitangan jualan dan selepas jualan. Proton juga membuat tanda aras terhadap jenama premium lain untuk turut melakukan amalan terbaik dalam industri dan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan di semua cawangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply