ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang bulan Jun Petronas Sprinta Bonanza diumumkan

Berita Tempatan

Views

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru-baru ini mengumumkan pemenang bulan Jun untuk peraduan Petronas Sprinta Bonanza. Encik Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin, 23 tahun dari Permatang Pasir muncul pemenang bertuah kali ini. Beliau yang bertugas sebagai pelatih kesihatan hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk pembelian dua botol minyak pelincir Sprinta F700 dan layak menyertai peraduan.

Beliau berjaya membawa pulang hadiah bulanan, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR yang telah disampaikan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Encik Mohd Bahrin Mohd Yunus di stesen Petronas Tanah Liat yang merupakan lokasi di mana pembelian Sprinta berkenaan dibuat.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Peraduan yang bermula 11 Mac lalu masih lagi berlangsung dan akan tamat pada 30 September 2019. Sebanyak tujuh(7) buah hadiah bulanan Yamaha Y15ZR ditawarkan manakala hadiah kedua sebanyak tiga(3) buah Yamaha R25.

Hadiah utama merupakan sebuah motosikal berkuasa tinggi, Yamaha R6 yang bernilai lebih RM100,000. Lebih menarik ialah semua motosikal yang ditawarkan diberi sentuhan ‘liveri semburan angin (airbrush livery)’ yang bertemakan pasukan Petronas Yamaha SRT di kejohanan dunia MotoGP.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Berikut ialah senarai pemenang motosikal Yamaha Y15ZR setakat ini :-

  • Mac : Sahrulnaim bin Sahrahan
  • April : Mohd Arif bin Mohmad Yasin
  • Mei : Muhamad Faez bin Aju
  • Jun : Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin

Masih ada lagi tiga(3) buah Yamaha Y15ZR (Ysuku) untuk dimenangi! Hadiah kedua dan utama bakal disampaikan di Litar Sepang bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply