ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Premium pelbagai jenama SISMA Auto Hub Sungai Besi kini dibuka

Berita Tempatan

Views

SISMA Auto Hub menawarkan pengalaman 3S premium pelbagai jenama kepada pelanggan yang berhasrat membeli, menjual atau mendapatkan servis bagi sebarang jenama kereta mewah.

Cawangan Sungai Besi merupakan SISMA Auto Hub kedua yang dibuka, susulan kejayaan cawangan Glenmarie yang dibuka pada Februari 2022.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan bagi SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim, kumpulan automotif tersebut telah menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan automotif premium selama lebih 25 tahun sebagai pengedar francais bagi Jaguar, Land Rover, Volvo dan BYD.

Jelas beliau, pihaknya menawarkan pengalaman 3S premium yang sama bagi segala keperluan kereta mewah tanpa mengira dari mana asalnya.

Tambahnya, sama ada anda ingin membeli, menjual atau mendapatkan servis untuk kereta mewah, anda boleh mendapatkan segala perkhidmatan tersebut di SISMA Auto Hub.

Pusat baharu yang canggih ini dibina khas dengan saiz yang lebih besar dan kemudahan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan pelanggan yang kian bertambah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Lokasinya yang strategik di Lebuhraya Sungai Besi memberikan akses mudah melalui beberapa lebuh raya.

Pelanggan yang ingin membeli kereta mewah terpakai boleh membuat pilihan daripada rangkaian kereta terpilih yang diperakui, yang dipilih berdasarkan perbatuan dan keadaannya.

Setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan yang teliti dan dibaik pulih supaya ia berada dalam keadaan yang terbaik.

Pelanggan yang mahu menjual kereta mewah mereka juga boleh melakukannya di sini. Kakitangan profesional yang berpengalaman akan membuat penilaian yang wajar dan membantu melancarkan proses jualan.

Pusat servis premium ini turut dilengkapi kelengkapan dan peralatan diagnostik terkini untuk menyenggarakan semua jenama kereta buatan Eropah.

Ia menyediakan perkhidmatan untuk semua jenama kereta mewah tanpa mengira sumber, sama ada kenderaan yang dibeli menerusi import selari atau yang telah tamat waranti daripada pengeluar.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Pasukan SISMA Auto Parts melaksanakan pemerolehan kombinasi alat ganti berjenama dan yang dikeluarkan oleh pengeluar peralatan asli (OEM) dengan teliti untuk memberikan penjimatan yang lebih banyak dan nilai yang lebih baik.

Mereka terdiri daripada mekanik yang terlatih serta mampu menjalankan kerja-kerja servis, penyenggaraan dan pembaikan, termasuklah kerja pembaikan besar.

Perkhidmatan lain yang turut disediakan adalah servis tayar, penjajaran dan pengimbangan roda, servis penyaman udara dan penukaran cermin depan.

Di samping itu, kakitangan pusat ini juga boleh membantu dalam proses tuntutan insurans bagi kes-kes kemalangan.

SISMA Auto Hub juga merupakan pembaik panel bagi Warranty Smart, yang merupakan penyedia waranti kenderaan terkemuka.

Sisma Auto Hub Sungai Besi baharu ini terletak di Wisma Sisma di 855, Lebuhraya Sungai Besi, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang bagi Sabtu dan Ahad.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply