ARKIB

KATEGORI

Buletin

Remaja tunggang Honda EX5 cedera, perut tembus tertusuk buluh dua meter

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja terpaksa menahan kesakitan selepas perutnya tembus akibat tertusuk buluh dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu di Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, mengalami kecederaan selepas objek berukuran dua meter menembusi bahagian perut remaja berkenaan.

Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah trak pikap yang diletakkan di tepi jalan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu untuk memancing.

Setibanya di lokasi kejadian, mangsa melanggar sebuah trak pikap jenis Nissan Frontier yang membawa muatan buluh yang diletakkan di tepi jalan atas Jambatan Pulau Setelu.

Keadaan itu menyebabkan sebatang buluh berukuran dua meter tertusuk menembusi perut remaja tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Remaja itu dibawa orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Choon Foo menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.

Siasatan lanjut mengenainya dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply