ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rindu bini muda antara alasan rentas negeri paling ‘sohor’ di Terengganu

Berita Tempatan

Views

Ini adalah dilema yang wajib dilalui oleh para suami yang berpoligami. Sinar Harian melaporkan, antara alasan popular individu yang memohon kebenaran mahu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah mahu menziarahi isteri muda.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, pihaknya menggunakan budi bicara bagi lelaki yang berkahwin lebih daripada satu tetapi mereka perlu menunjukkan surat atau dokumen berkaitan sebagai bukti. Jelas beliau, pada mulanya, mereka tidak mahu memaklumkan tujuan asal mahu merentas negeri mungkin kerana malu tetapi terpaksa akur dan kebenaran diberikan dengan melihat beberapa faktor.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar berkaitan pencapaian Op Mule Siri 2/2020 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa dan Ketua JSJK Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud.

Roslee berkata, pihaknya menerima antara 500 hingga 700 permohonan melakukan perjalanan rentas negeri setiap hari. Tambah beliau, semalam sahaja, pihaknya menerima 748 permohonan dengan pelbagai alasan namun enam daripadanya ditolak kerana gagal memberi alasan munasabah.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Dalam tempoh sama, sebanyak 65,845 kenderaan yang mahu memasuki Terengganu diperiksa dengan 297 daripadanya diarah berpatah balik manakala 33 kenderaan lagi dikenakan kompaun RM1,000 serta-merta ketika ditahan dalam sekatan jalan raya.

Kata beliau lagi, mereka gagal mengemukakan dokumen berkaitan selain ada yang memalsukan dokumen kononnya mendapat tawaran bekerja sedangkan surat itu palsu dan merentas negeri semata-mata mahu pulang ke kampung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply