ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Saingan Vios Sprint Cup dan Vios Enduro Cup diperkenalkan

Sukan Permotoran

Views

Setelah berakhir dua perlumbaan, Vios Challenge, GAZOO Racing dan UMW Toyota Motor terus menghangatkan saingan dengan pengenalan Vios Sprint Cup dan Vios Enduro Cup.

Kedua-dua saingan ini bakal menawarkan tambahan lima lagi perlumbaan tahun ini, sekali gus menjadikan 11 perlumbaan kesemuanya untuk tahun 2022.

Saingan Vios Sprint Cup akan dilangsungkan secara berasingan dari Vios Challenge dan akan menampilkan dua pusingan dalam Malaysia Championship Series (MCS) dengan dua perlumbaan bagi setiap pusingan.

Pusingan 1 akan berlangsung pada 20-22 Mei di Litar Antarabangsa Sepang, disusuli dengan Pusingan 2 pada bulan Julai di tempat yang sama. Pusingan akhir pula akan dilangsungkan bersempena dengan Sepang 1000KM Endurance Race (S1K) pada bulan November.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Sebanyak 26 jentera lumba bakal berentap dalam saingan Vios Sprint Cup yang setiap satunya akan dipandu oleh dua orang pelumba.

Bagi menambah keterujaan, pasangan pelumba tersebut mestilah terdiri daripada gabungan profesional, amatur, selebriti dan rookie seperti dalam kelas Vios Challenge untuk Super Sporting (profesional), Sporting (amatur), Promosi (selebriti) dan Rookies (pemandu muda dan baharu).

Jangka masa perlumbaan adalah 1 jam bagi setiap pusingan. Perlumbaan 1 Vios Sprint Cup pada hari Sabtu akan menyaksikan kedua-dua pemandu perlu mengharungi dua sesi kelayakan berasingan, dan pemandu yang lebih pantas diperlukan untuk memulakan perlumbaan selama 1 jam sebelum membuat hentian pit mandatori untuk pertukaran pemandu.

Dalam Perlumbaan 2 pada hari Ahad, pemandu yang lebih perlahan akan memulakan perlumbaan selama 1 jam dan sekali lagi perlu membuat hentian pit mandatori untuk pertukaran pemandu. Perlumbaan 2 juga akan dimulakan sebagai susunan grid terbalik berdasarkan keputusan Perlumbaan 1.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Juara keseluruhan dalam setiap dua perlumbaan berpeluang memenangi wang tunai RM10,000, diikuti oleh RM8,000 untuk naib juara pertama, RM6,000 buat pemenang tempat ketiga dan RM4,000 dan RM2,000 untuk tempat keempat dan kelima.

Secara keseluruhan, Vios Sprint Cup menawarkan wang hadiah berjumlah RM60,000 bagi setiap pusingan. Vios Sprint Cup pada bulan November bakal menyaksikan pemandu Toyota bersaing lebih 1,000 km dalam perlumbaan yang dijangka mengambil masa sembilan jam merangkumi 181 pusingan Litar Antarabangsa Sepang.

Pelumba yang ingin mendaftar penyertaan atau untuk maklumat lanjut mengenai Vios Sprint Cup dan Vios Enduro Cup sila menghubungi wakil Pengurusan Perlumbaan, Janet dari Wing Hin Motorsports di talian 016-367 3300.

KALENDAR PERLUMBAAN SEMENTARA
Vios Sprint Cup Pusingan 1 2 perlumbaan 

(1 jam)

20-22 Mei
Vios Sprint Cup Pusingan 2 2 perlumbaan

(1 jam)

22-24 Julai
Vios Enduro Cup Perlumbaan Ketahanan1 perlumbaan  

(1000 km/9 jam)

November

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply