ARKIB

KATEGORI

Buletin

Samun guna parang dan larikan Myvi, tiga ditahan

Berita Tempatan

Views

Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyamun menggunakan sebilah parang dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di sebuah kawasan parkir pangsapuri, di Petaling Jaya pada Khamis.

Kejadian itu turut tular selepas dimuat naik oleh salah seorang ahli keluarga mangsa di halaman Facebook peribadi miliknya pada Khamis mendakwa kereta berkenaan merupakan milik abangnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun mendakwa disamun tiga lelaki sekitar jam 5 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jelasnya, semasa kejadian, ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 32 hingga 39 tahun memakai topi keledar dengan visor gelap dan memakai pelitup muka.

Selepas melarikan kereta mangsa di Petaling Jaya, suspek terbabit sekali lagi melakukan samun di sekitar kawasan Subang Jaya.

Mohamad Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan semua suspek dalam tiga serbuan berasingan di sebuah hotel di sekitar Bandar Sunway dan sebuah flat di sekitar Puchong pada awal pagi Jumaat.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Suspek merupakan kenalan rapat yang tinggal di Taman Medan dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Polis menemui telefon bimbit pelbagai jenama, senjata tajam dan motosikal yang dipercayai digunakan semasa menyamun.

Polis juga berjaya menemui semula Perodua Myvi milik mangsa yang dilarikan ketiga-tiga suspek berkenaan. Beliau berkata, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azneen Haryana Azis

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply