ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi seludup daun ketum guna lori tangki simen, dua lelaki direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Tindakan dua lelaki cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan membawa daun ketum bernilai RM20,000 menggunakan sebuah lori simen terbongkar selepas ditahan polis di Jalan Batu Enam, Batu Melintang, Jeli pada Sabtu.

Menurut Sinar Harian, perbuatan itu dikesan selepas polis melihat kenderaan berat tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 4 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan 200 bungkusan hitam yang mengandungi daun ketum seberat 2,000 kilogram.

Polis juga menjumpai satu botol plastik lut sinar yang mengandungi cecair keperangan disyaki air ketum. Pihaknya telah tahan kedua-dua suspek yang berusia 28 tahun bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menurut beliau, kedua-dua suspek juga didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing dan direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati bekalan daun ketum tersebut diambil dari negeri di utara untuk pasaran tempatan. Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply