ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seorang kakitangan DRB-HICOM Auto Solutions positif COVID-19

Berita Tempatan

Views

Menurut laporan dari Bernama, DRB-HICOM Bhd memaklumkan seorang kakitangan anak syarikatnya, DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd (DHAS) di Pekan, Pahang telah diuji positif dengan COVID-19. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kakitangan tersebut dijangkiti virus itu daripada suaminya, yang berada dalam kitaran hubungan pegawai atasannya di tempat kerja. Pegawai tersebut telah menghadiri ijtimak tabligh pada akhir Februari di Seri Petaling, Selangor,.

JOM BACA >> Semua penumpang bas ekspres Plusliner (VDJ 2367) dari Johor Bharu ke Kuantan pada 16 Mac 2020 sedang dicari!

DRB-HICOM berkata anak kakitangan tersebut juga telah diuji positif untuk virus itu. Pengesanan hubungan untuk kedua-dua pesakit sedang dijalankan dan tindakan bersesuaian seperti pengasingan mandatori dan sukarela mereka yang dalam senarai akan dikuatkuasakan.

Kawasan yang memerlukan pembasmian yang berkaitan dengan perkara ini telah dikenal pasti dan disekat serta prosedur pembasmian akan dimulakan tidak lama lagi. Menurut DRB-HICOM, kedua-dua pesakit itu kini di bawah penjagaan kemudahan perubatan dan pihaknya berharap kedua-dua mereka, bersama dengan ribuan pesakit COVID-19 yang lain di seluruh dunia akan pulih dengan cepat.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Kumpulan syarikat DRB-HICOM mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang diumumkan oleh kerajaan yang bermula semalam dan akan berakhir pada 31 Mac. Jelas kenyataan itu lagi, kecuali bagi operasi perniagaan yang disenaraikan, yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan penting seperti yang disenaraikan oleh kerajaan, semua operasi syarikat yang lain menggunakan protokol bekerja dari rumah.

DRB-HICOM menggesa perniagaan lain untuk turut berbuat demikian demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya dan berharap agar pandemik global ini akan berkurangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply