ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell deli2go lancar menu baharu, memang syok “Layan Panas-Panas”!

Berita Tempatan

Views

Pasukan di Shell deli2go telah mencipta sesuatu yang menarik di dapur mereka! Bertemakan “Layan Panas-Panas”, menu makanan panas baharu ini menampilkan ‘croffle’ istimewa mereka, Ayam Masak Merah Mac n Cheese (untuk rasa yang lebih pedas).

deli2go menawarkan Meatball Bolognese Mac and Cheese untuk kanak-kanak, selain pilihan tanpa daging, dengan tawaran terkini mereka termasuk Asam Pedas Pasta dan Satay Wrap.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Satay Wrap telah diusahakan bersama Nestle Professional menggunakan ketulan yang berasaskan tumbuhan yang dibakar Harvest Gourmet dan disaluti dengan sos satay kegemaran Malaysia. Semua hidangan ini disediakan di lokasi dan boleh didapati di semua kedai deli2go di Malaysia.

Bersempena dengan pelancaran menu baharu ini, deli2go akan menyajikan sampel hidangan panas PERCUMA kepada rakyat Malaysia menerusi siri trak Layan Panas-Panas dengan memberi rakyat Malaysia sampel hidangan panas.

Jerayawara tersebut akan bermula di Taman Tun Dr Ismail seterusnya akan menyambung perjalanan mereka merentasi Semenanjung Malaysia dan berhenti di 70 tempat popular tempatan dan stesen-stesen Shell dari 25 April hingga 5 Jun 2022.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Selain daripada merasai menu menarik ini secara percuma, para pelanggan yang mengambil gambar dengan trak istimewa ini berpeluang untuk mendapat baucar yang boleh ditebus apabila membeli hidangan panas baharu di stesen deli2Go terdekat sehingga akhir bulan Julai.

Para pelanggan juga boleh menebus hidangan panas deli2go terpilih menggunakan mata Kilometer (KM) mereka dengan minyak sebagai mata wang melalui kempen terbaru Shell, ‘Ekstra KM Belanja’ dari 1 Mei hingga 10 Julai.

Para pelanggan akan diberi ganjaran dengan lebih KM, lebih apabila mereka mengisi minyak dan berbelanja di stesen Shell. Untuk maklumat lanjut, ketik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply