ARKIB

KATEGORI

Buletin

Simpan gambar dan video lucah bekas teman wanita, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Ikon permotoran, Haqiem Stopa didakwa di Mahkamah Majistret di Selayang hari ini atas tuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya di dalam telefon bimbit.

Haqiem atau nama sebenarnya, Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Pemuda itu didakwa menyimpan gambar dan video lucah seorang wanita berusia 21 tahun di dalam simpanan galeri telefon bimbit jenis Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7plus miliknya.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Rawang pada jam 4.30 petang, 9 Disember lalu. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 ke atas Haqiem.

Peguam Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu dan bapa yang uzur.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Tertuduh bekerja sebagai pencipta kandungan (content creator) mohon jumlah jaminan yang rendah,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Sabtu lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang pemuda yang juga terkenal sebagai ikon permotoran ditahan kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir dilaporkan berkata, suspek ditahan untuk siasatan selepas pihaknya menerima laporan dibuat mangsa. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply