ARKIB

KATEGORI

Buletin

SMK Seri Ampang, Kedah muncul juara Toyota Eco Youth (TEY) 2023/2024

Berita Tempatan

Views

Program Toyota Eco Youth (TEY) 2023/2024 melabuhkan tirai dengan majlis penutupan yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya.

Acara tahunan ini, yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), mempamerkan impak besar pendidikan mengenai alam sekitar ke atas generasi muda.

TEY memperkasakan pelajar sekolah menengah untuk terlibat secara aktif dalam isu-isu alam sekitar menerusi inisiatif-inisiatif berinovasi.

Tahun ini, 15 sekolah di seluruh negara, yang diwakili oleh 60 pelajar dan 15 guru penasihat, telah mempamerkan projek masing-masing bagi menangani masalah alam sekitar tertentu dalam komuniti mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001, TEY telah berjaya melibatkan 506 sekolah dan memberi manfaat kepada 2,690 pelajar di seluruh negara, meninggalkan impak besar dalam pendidikan alam sekitar.

Program TEY yang berteraskan Metodologi Penyelesaian Masalah (PSM), membimbing para pelajar merangka penyelesaian kreatif bagi menangani cabaran alam sekitar.

Projek-projek yang merangkumi isu kitar semula tempatan hingga kepada masalah berasaskan komuniti yang lebih meluas, menunjukkan wujudnya kesedaran tinggi di kalangan pelajar mengenai isu-isu alam sekitar yang menjejaskan komuniti mereka.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., pihaknya berbangga kerana mempunyai matlamat yang selari dengan komitmen global Toyota ke arah menyumbang kepada usaha mewujudkan alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Beliau turut menekankan tentang komitmen UMW Toyota dalam mewujudkan alam sekitar yang lebih baik menerusi slogan syarikat, “Move Your World” dan usaha untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Berikut adalah senarai pemenang Toyota Eco Youth (TEY) 2023/2024:

Juara: SMK Seri Ampang, Kedah
Naib Juara: SMK ST. Teresa Kuching, Sarawak
Tempat Ketiga: SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis
Pembentangan Terbaik: SM ST John, Sabah
Pameran Terbaik: SMK Seri Pekan, Pahang
Penglibatan Komuniti Terbaik: SMK ST. Teresa Kuching, Sarawak
Guru Penasihat Terbaik: Nur Asmaa’ Binti Abadul Hashim, SMK Seri Ampang, Kedah

Datuk Ravindran turut mengiktiraf kerja keras semua pelajar sejak TEY 2023/2024 dilancarkan pada Ogos 2023, sambil menekankan peranan penting program tersebut dalam mempersiapkan pemimpin masa depan.

Pameran yang diadakan pada 22 Januari itu menampilkan hasil projek dari semua 15 sekolah yang mengambil bahagian.

Lebih daripada 200 pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya berpeluang untuk berinteraksi dengan penyelesaian berinovasi ini, memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu alam sekitar.

Majlis penutup itu berlangsung dari 21 hingga 23 Januari 2024. Setelah TEY 2023/2024 melabuhkan tirainya, keterujaan kini tertumpu kepada edisi TEY akan datang yang bakal dilancarkan pada Mei 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply