ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stok cukup, Proton Perdana kekal kenderaan rasmi kerajaan – Lim Guan Eng

Berita Tempatan

Views

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengesahkan kerajaan akan terus menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi untuk menteri, timbalan menteri dan para pegawai kanan kerajaan selepas kekurangan stok kenderaan itu dapat diatasi. Sebelum ini pihaknya terpaksa memberikan beberapa pilihan kerana Proton tidak mempunyai stok mencukupi untuk menampung permintaan tersebut.

Portal MalaysiaGazette melaporkan, masalah stok itu dapat diatasi dan Proton telah memberikan pengesahan pihaknya mempunyai kenderaan yang cukup ketika ini. Jelas Guan Eng, isu kereta rasmi sebenarnya lebih kepada pilihan sahaja. Apabila kontrak flit ini dianugerahkan, pihaknya mahu mengekalkan penggunaan Perdana tetapi Proton pula tidak mempunyai stok yang mencukupi.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Disebabkan itu pihaknya memberikan pilihan lain dan kini Proton telah mengesahkan stok model Perdana mencukupi untuk kegunaan rasmi menteri, timbalan serta pegawai kerajaan lain. Guan Eng juga menggesa pihak media supaya tidak menggembar gemburkan perkara yang tidak benar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beliau menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementeri Kewangan hari ini. Sebelum ini kecoh dengan berita kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan mewah untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Janji niaga itu bakal menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan. Berita tersebut juga kemudian mendapat pengesahan daripada Guan Eng namun kata beliau pada penghujung tahun lepas, perkara itu hanya dipraktikkan jika mendapat kelulusan kabinet.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Ketika ditanya kepada siapakah kontrak itu akan diberikan adakah kepada pihak yang sama, Guan Eng enggan mengulas sebaliknya berkata akan ada pengumuman dalam masa terdekat. Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam nada meyindir berkata, rata-rata media berminat dengan soalan berkaitan penggunaan kenderaan rasmi kerana ia berkait dengan menteri dan timbalan menteri.

Katanya, dalam isu ini, sebenarnya pegawai kerajaan juga akan menggunakan kenderaan rasmi tetapi fokus dan tumpuan hanya diberikan kepada menteri. Ini pilihan sahaja kalau tidak ada kenderaan itu, maka kita guna pilihan lain. Tegas beliau, sekarang Perdana mempunyai stok, dan mereka akan kekal menggunakan jenama Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply