ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru ‘bikin gempar’ di Singapore Auto Show 2020, pamer model FUCKS edition

Berita Global

Views

Singapore Auto Show 2020 kini sedang berlangsung dan dalam banyak-banyak model yang dipamerkan, ada satu model yang menarik perhatian pengunjung serta warganet. Model tersebut telah dipamerkan di reruai Subaru dan ia menarik perhatian ramai bukan disebabkan reka bentuknya, tetapi namanya yang sinonim dengan perkataan lucah.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Sebenarnya Subaru tidak berniat langsung untuk mencarut, kerana akronim nama model tersebut berasal singkatan dari Forester Ultimate Customized Kit Special edition. Subaru juga agak nakal kerana sengaja menggunakan huruf besar pada abjad F, U, C, K dan S tetapi membiarkan perkataan edition dengan huruf kecil.

FUCKS merupakan sebuah crossover yang dipasang dengan kit badan agar kelihatan lebih sporty. Selain itu bahagian lampu digelapkan, jejalur merah pada bahagian luar dan spoiler yang agak besar di belakang. Bagi melengkapkan gaya luarannya yang sporty dan ranggi, model ini turut dilengkapi dengan rim bersaiz 20 inci dan angkup brek berwarna kuning.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Di bahagian dalam, ruang kargo FUCKS telah disumbat dengan dengan subwoofer dan amplifier jenama Focal. Menurut Top Gear Filipina, model ini dihiasai kemasan tempat duduk gabungan suede dan kulit, tombol gear berlogo STI dan jahitan benang merah. Ia juga dipasang dengan sistem infohiburan pada tempat duduk belakang dan pencahayaan berwarna biru.

Subaru tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai enjin yang digunakan oleh FUCKS, namun Forester spesifikasi Singapura dijana oleh enjin 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 154 kuasa kuda dan 196 Nm daya kilas. Penjana ini digandingkan bersama transmisi CVT Lineartronic yang mengagihkan kuasa kepada sistem pemacu semua roda simetri.

Apa pendapat anda mengenai model ini?

Sumber : Jalopnik

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit labergee

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply