ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda City facelift 2023 kini dibuka, bakal dilancarkan pada suku ketiga (Q3)

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya membuka tempahan model paling larisnya, iaitu City yang dikemaskini (facelift) mulai hari ini disemua pengedar sahnya di seluruh Malaysia.

Berkonsepkan “The Best Gets Better“, model ini menawarkan rekaan yang menawan, ciri-ciri tercanggih dan enjin yang lebih berkuasa. Ia dijangka diperkenalkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, generasi kelima City dilancarkan pada tahun 2020, selain turut memperkenalkan City RS e:HEV buat kali pertama.

Setakat ini, lebih 68,600 unit telah pun terjual, manakala pada separuh pertama 2023, Honda Malaysia telah menjual lebih daripada 10,000 unit model City.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

City e:HEV RS facelift 2023 tampil beberapa perubahan kosmetik di bahagian luaran, antaranya rekaan bampar baharu berukuran 4,589mm panjang, 1,748mm lebar dan 1,467mm tinggi.

Selain itu, ia turut menerima beberapa kemaskini luaran seperti jeriji kemasan jejaring sarang lebah, jeriji bahagian bawah, diffuser belakang dan skirt sisi baharu serta lambang “RS” rekaan baharu.

Penampilan sporty City RS kini lebih terserlah dengan bampar dan belakang baharu , termasuk rekaan rim aloi kemasan dwitona serba baharu bersaiz 16-inci.

Model sedan segmen-B ini dijana oleh rangkaian kuasa 1.5L e:HEV yang merangkumi dua motor elektrik yang digandingkan dengan transmisi e-CVT.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kombinasi rangkaian kuasa ini menjana output maksimum 109PS dengan 253Nm daya kilas, yang paling berkuasa dalam kelasnya, setanding dengan daya kilas enjin aspirasi alami (NA) model dalam segmen-D.

Dari segi keselamatan pula, City e:HEV RS facelift dilengkapi dengan Honda SENSING yang kini dengan penambahan dua ciri baharu seperti:

  • Ikuti Halaju Rendah (LSF) – Ciri baharu
  • Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan (LCDN) – Ciri baharu
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Cegah Terbabas (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Untuk membuat tempahan, log masuk ke pautan ini atau muat turun aplikasi HondaTouch menerusi telefon pintar anda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply