ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Tesla Model 3 dibuka, dua pilihan jarak pemanduan – Harga dari RM 189,000

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang Tesla Malaysia telah mengumumkan harga model keduanya selepas SUV elektrik saiz sederhana Model Y, iaitu sedan Model 3.

Dua pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan jarak pemanduan berbeza. Penghantaran pertama dijangka bermula pada penghujung tahun 2023.

Berikut adalah pilihan varian dan harga Model 3:

  • Model 3 – RM 189,000
  • Model 3 Long Range – RM 218,000

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sedikit info ringkas menarik mengenai Model 3:

Varian

Varian Model 3 dilengkapi Pacuan Roda Belakang dengan jarak pemanduan sehingga 513km (WLTP). Kelajuan tertingginya mencecah 201km/j dan ia memerlukan 6.1 saat untuk memecut dari 0-100 km/j.

Varian Model 3 Long Range pula dilengkapi Dwi Motor serta Pacuan Semua Roda dengan jarak pemanduan sehingga 629km (WLTP). Kelajuan tertingginya masih sama iaitu 201km/j dan hanya memerlukan 4.4 saat untuk memecut dari 0-100 km/j.

Warna

Kesemua varian Model 3 ditawarkan dengan lima pilihan warna. Warna Pearl White Multi-Coat adalah standard, manakala Solid Black dan Deep Blue Metallic dikenakan tambahan harga sebanyak RM 5,000.

Dua lagi warna iaitu Stealth Grey dan Ultra Red masing-masing dikenakan tambahan harga sebanyak RM 7,500 dan RM 11,000.

Rim

Dua pilihan saiz rim ditawarkan dengan rim Photon bersaiz 18-inci didatangkan secara standard. Rim Nova bersaiz 19-inci pula ditawarkan dengan tambahan harga RM 7,500.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Rona dalaman

Rona kabin berwarna putih didatangkan secara standard, manakala bagi mereka yang mahu memilih dwirona kombinasi hitam dan putih perlu membayar wang tambahan sebanyak RM 5,000.

Enhanced Autopilot

Ciri Enhanced Autopilot ditawarkan dengan tambahan harga sebanyak RM 16,000 (harga termasuk SST). Antara ciri-cirinya termasuklah Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, Summon dan Smart Summon.

Full Self-Driving Capability

Ciri pemanduan kendiri sepenuhnya atau Full Self-Driving Capability turut ditawarkan sebagai pilihan dengan tambahan harga sebanyak RM 32,000 (harga termasuk SST).

Ia merangkumi semua fungsi pada Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot, serta bakal dilengkapi dengan Traffic Light and Stop Sign Control dan Autosteer on city streets pada masa akan datang.

Tempahan Model 3 kini dibuka dan mereka yang berminat boleh membuat tempahan menerusi laman sesawang rasmi Tesla Malaysia dengan yuran tempahan RM1,000 (tidak dipulangkan).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply