ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Ralit’ tengok mesej punca pemandu Grab terlanggar dua penunggang basikal

Tular

Views

Video tular sebuah kereta merempuh dua penunggang basikal disahkan berlaku di Jalan Dengkil, Kota Warisan, di Sepang, pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku disebabkan pemandu kereta e-hailing terleka ketika memeriksa mesej dari aplikasi Grab di telefon pintar.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berada di laluan kiri dari arah Kajang dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemandu kereta dikesan terlanggar belakang sebuah basikal, menyebabkan seorang lagi penunggang basikal melanggar seorang lagi penunggang basikal lain.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ketika memeriksa mesej, pemandu kereta telah terlanggar belakang sebuah basikal dan kemudian basikal itu terlajak ke hadapan dan terlanggar seorang lagi penunggang basikal yang lain.

Katanya, akibat kemalangan itu, kereta terbabit mengalami kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala basikal penunggang rosak di bahagian tayar serta rim belakang.

Wan Kamarul Azran berkata, beliau mengesahkan bahawa pemandu kereta serta seorang penunggang basikal telah membuat laporan polis dan mereka sudah diambil rakaman percakapan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply