ARKIB

KATEGORI

Buletin

Larian waktu malam lalu terowong lebuh raya DASH pecah rekod MBOR

Berita Tempatan

Views

Acara pertama larian pada waktu malam melalui terowong lebuh raya yang berlangsung di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) malam tadi, melakar kejayaan tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Menurut Berita Harian, larian ‘Anak Sarawak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) DASH Penchala Link Tunnel Night Run 2022‘ memecah rekod bagi larian terpanjang melalui terowong pada waktu malam iaitu sejauh 780 meter dengan melalui struktur halangan bunyi sepanjang 260 meter.

LLM dalam kenyataannya, berkata penganjuran acara itu diadakan tepat pada masanya iaitu selepas negara berdepan tempoh sukar hampir tiga tahun susulan penularan COVID-19.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

“Sekarang kita kembali kepada kehidupan biasa, jadi marilah kita hargai setiap masa yang diberi sebaiknya. “Kami mendapat sokongan padu rakyat Malaysia dengan penyertaan 5,000 peserta,” katanya.

Larian anjuran Persatuan Sukarelawan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM, DASH dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (SPRINT) itu dirasmikan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Fadillah dan Khairy yang turut mengambil bahagian dalam larian berkenaan melakukan pelepasan (flagoff) bagi dua kategori dipertandingkan iaitu Ultra Sonic untuk larian sejauh empat kilometer (km) dan Super Sonic bagi 12 km.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Acara itu menawarkan hadiah untuk terbuka lelaki dan wanita serta hadiah istimewa untuk kategori anak Sarawak.

Lebuh raya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk dibuka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Oktober lalu, dengan pengguna menikmati perjalanan tanpa bayaran tol sehingga 30 November ini.

Pembinaan lebuh raya itu yang dimulakan pada Ogos 2016 menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fadillah Yusof

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply