ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak sangka dapat hadiah hari jadi Lamborghini Huracán harga RM1.5 juta

Tular

Views

“Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar.” Demikian reaksi pempengaruh media sosial atau influencer, Siti Jamumall yang mendapat hadiah kereta mewah Lamborghini Huracán bernilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23, kelmarin.

Menurut Harian Metro, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada syarikat menjual produk berkonsepkan pendidikan Islam.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya.

“Terima kasih kepada yang membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk syarikat itu lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.

“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan mereka (syarikat jualan). Jadi, ketika sesi live (langsung) di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.

“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ranking sale (kedudukan jualan) paling banyak dalam jangka masa singkat yang mana dalam tempoh satu jam live terus hit,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jamumall.com

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply