ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas persiaran rempuh lori, pemandu putus tangan kanan

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu bas persiaran putus tangan kanan selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat persimpangan lampu isyarat jalan pintasan Kampung Seri Aman di Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohamad Amirudin Azhar, 26, parah apabila putus tangan kanannya manakala dua penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan ringan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, bas persiaran yang membawa dua orang penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, bas tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sisi kiri belakang sebuah lori yang sedang berhenti di kawasan lampu isyarat.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Keadaan itu menyebabkan lori terbabit meluncur ke hadapan dan melanggar tiga buah kereta yang berhenti di hadapannya. Pemandu bas itu yang putus tangan kanannya dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.

Zaizul Rizal memberitahu, dua penumpang bas itu hanya cedera ringan manakala pemandu lori dan pemandu tiga buah kereta yang dirempuh kenderaan berat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply