ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios dan Yaris facelift dilancarkan secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Secara rasminya UWM Toyota Sdn Bhd melancarkan dua model facelift, iaitu Vios dan Yaris serentak dengan pengenalan model Vios GR Sport dan juga GR Yaris. Secara zahirnya, kedua-dua model ini hampir seiras di bahagian depan, yang membezakannya hanyalah gaya bentuk badan, Vios dalam bentuk sedan manakala Yaris dalam bentuk hatchback.

Kedua-dua model ini turut ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu varian asas (J), pertengahan (E) dan andalan (G). Untuk Vios, lima pilihan warna ditawarkan antaranya Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic dan dua warna baharu Platinum White Pearl dan Orange Metallic.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Bagi Yaris pula, hanya tiga pilihan warna ditawarkan termasuk satu warna baharu Platinum White Pearl selain warna sedia ada iaitu Red Mica Metallic dan Silver Metallic. Dari segi penampilan luaran, Toyota telah menggayakan semula rekaan hadapan dengan menampilkan bampar baharu, jeriji yang lebih segar dan lampu utama jenis LED dengan triple bezel baharu dengan lampu siang.

Lampu depan rekaan baharu ini juga turut dilengkapi dengan fungsi follow-me-home yang kini ditawarkan pada semua varian. Selain itu, aerokit turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan. Vios dan Yaris facelift berkongsi penjana tenaga dan transmisi yang sama, enjin 1.5L 2NR-FE yang digandingkan bersama transmisi CVT automatik tujuh-kelajuan.

Gandingan ini mampu menghasilkan 107 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm daya kilas maksima pada 4,200 rpm. Dari segi keselamatan, kedua-dua model ini dilengkapi ciri keselamatan standard antaranya tujuh beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Peringatan Tali Keledar Belakang, Kawalan Mula Mendaki (HAC) dan Isofix.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Untuk varian 1.5E dan 1.5G pula akan menerima ciri keselamatan tambahan iaitu Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDA), Pemantau Pandangan Panoramik (PVM) versi 3D termasuk kamera belakang, penderia parkir, Peninjau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

Berikut adalah senarai harga Vios dan Yaris facelift mengikut varian.

Harga Vios facelift mengikut varian:

  • Toyota Vios J – RM74,623
  • Toyota Vios E – RM82,593
  • Toyota Vios G – RM87,584

Harga Yaris facelift mengikut varian:

  • Toyota Yaris J – RM70,940
  • Toyota Yaris E – RM80,380
  • Toyota Yaris G – RM84,808

Harga yang ditawarkan adalah harga atas jalan tanpa insurans dan didatangkan dengan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan termasuk pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Vios facelift

Toyota Yaris facelift

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply