ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival buka gelanggang di Kuala Terengganu – Ain Edruce dan Syafiq Kyle buat penampilan pertama

Sukan Permotoran

Views

Musim ke-3 siri perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival bakal membuka gelanggang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu pada 6-7 September 2019. Perlumbaan di litar jalanan yang dibina khas sepanjang 1.65 km di perkarangan stadium itu bakal menyaksikan aksi perlumbaan sengit antara selebriti, pelumba amatur serta profesional yang akan berentap di dalam tiga kategori berbeza (Promotional, Sporting dan Super Sporting) di dalam perlumbaan Vios Challenge.

Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Akio Takeyama berkata Toyota sudah mengecapi pelbagai kejayaan di dalam sukan permotoran, dan matlamat di sebalik penganjuran TGR Festival dan Toyota Vios Challenge ini adalah untuk membawa peminat serta pelanggan lebih dekat kepada produk yang ditawarkan dengan cara memanfaatkan kekayaan Toyota dalam sukan permotoran.

Ini akan menjadi penganjuran kedua berturut-turut TGR di Kuala Terengganu, sebelum bertandang pula ke Lembah Klang dan Johor bagi tiga lagi pusingan. Perlumbaan festival ini melibatkan empat pusingan dengan lapan perlumbaan melibatkan lebih daripada 40 pemandu yang akan bersaing menggunakan satu jenis kenderaan yang sama, iaitu Toyota Vios, di litar kekal dan binaan khusus.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, TGR Festival dan Toyota Vios Challenge juga telah berkembang menjadi satu platform menarik yang mampu bagi pemandu-pemandu muda untuk mengasah bakat mereka sebelum mencapai tahap yang lebih tinggi dalam perlumbaan. Satu contoh terbaik untuk ini ialah Hayden Haikal berusia 15-tahun, yang telah berjaya naik ke perlumbaan kereta salon dari go-kart dalam rangka untuk menjadi pemandu paling muda yang pernah memenangi perlumbaan di dalam Toyota Vios Challenge.

10 selebriti tempatan akan turut bersaing di Kuala Terengganu, dengan pelakon Diana Danielle akan mendahului sebagai juara bertahan. Selebriti lain yang bakal berlumba nanti ialah Shukri Yahaya, Shawn Lee, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali dan Wany Hasrita. Musim ke-3 ini turut menyaksikan dua pelumba selebriti baharu yang akan turut serta, iaitu Ain Edruce dan Syafiq Kyle manakala Akio Takeyama juga akan berlumba untuk musim ketiga berturut-turut.

Menurut Diana Danielle, saingan pada musim ke-2 sangat tegang dari awal hingga akhir dan beliau berjaya memenangi kejuaraan hanya dengan perbezaan enam mata. Tambahnya, beliau berasa sangat selesa, terutama selepas dapat menyesuaikan diri dengan kereta lumba Vios baharu yang lebih lasak dan mudah dikendalikan terutama di selekoh.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Shukri Yahaya dan Shawn Lee pula akan kembali bersaing dalam kategori Promotional selepas berlumba dalam kategori Sporting pada musim lalu. Kategori Sporting bakal menyaksikan bakat menakjubkan, Haydan Haikal kembali untuk siri perlumbaan musim keduanya dan akan disertai oleh antaranya Kenneth Koh yang menduduki tempat ketiga musim lalu, serta Datuk Ken Foo yang meraih tempat kelima keseluruhan bagi musim kedua.

Sementara itu, kategori Super Sporting pula bakal menyaksikan persaingan antara dua bekas juara, Boy Wong akan kembali sebagai juara bertahan musim kedua, serta Tengku Djan Ley yang merupakan juara musim pertama. Pemenang tempat kedua bagi kedua-dua musim sebelum ini, William Ho serta Brendan Paul Anthony yang menduduki tempat ketiga keseluruhan musim lalu, dan Kenny Lee akan turun berentap mencabar kejuaraan kali ini .

Sepanjang acara ini berlangsung, pelbagai aktiviti akan diadakan khusus peminat sukan permotoran di Kuala Terengganu, antaranya ialah pameran dan sesi pandu uji kenderaan baharu Toyota, persembahan drift oleh pemandu Jepun yang dibawakan oleh Toyo Tires, cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas dan persembahan oleh selebriti, aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati serta sesi tandatangan peminat untuk memberi peluang kepada pengunjung mendekati barisan pelumba selebriti yang terlibat.

Masuk adalah percuma!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply