ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng Gojek ancam kepung Kedutaan Malaysia di Jakarta

Berita Global

Views

Dek keceluparan mulut pengasas syarikat Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail dalam satu video yang mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan, penyedia perkhidmatan teksi motosikal (ojek) di Indonesia mengancam untuk mengepung Kedutaan Malaysia di Jakarta.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Sinar Harian melaporkan, Presidium Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono berkata, dia dan seluruh penyedia ojek di Indonesia sudah mengemukakan surat terbuka yang ditujukan kepada Kedutaan Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Kandungan surat itu turut menuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada individu dalam video tersebut yang berkata, ‘Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta‘. Menurut Igun, kenyataan itu jelas merendahkan martabat pekerjaan mereka dan menghina rakyat Indonesia secara umum.

Tegasnya, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi sehingga hari Selasa (semalam), dia bersama kumpulan Gojek akan mengepung Kedutaan Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di seluruh Indonesia. Sementara itu, pihak Gojek yang dihubungi CNNIndonesia.com belum memberi sebarang maklum balas tentang video yang menjadi tular itu dan rancangan untuk mengepung Kedutaan Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply