ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan seru-pandu tidak wajib pasang CRS

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu notis ringkas di laman Facebook rasminya, Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA) memaklumkan pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah mengesahkan bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) tidak wajibkan kepada kenderaan seru-pandu (e-hailing).

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

Dalam artikel terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pemasangan kerusi keselamatan itu diwajibkan kepada kereta persendirian sahaja untuk fasa pertama. Dalam jangka masa panjang, pihaknya berharap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain. Katanya, pelaksanaan langkah baharu bukannya mudah dan mereka mahu menjayakannya pada kereta persendirian terlebih dahulu di samping melihat sejauh mana keberkesanan langkah tersebut.



JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Kerajaan telah mewajibkan pemasangan CRS diwajibkan kepada kereta persendirian sahaja bermula hari ini (1 Januari 2020). Namun begitu, bagi tempoh enam bulan pertama tiada saman akan dikeluarkan dan kelonggaran turut diberikan kepada pasangan yang mempunyai anak ramai.

Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menggunakan empat peruntukan dua akta bagi membendung penjualan kerusi yang tidak menepati piawaian yang dikatakan dijual secara berleluasa secara dalam talian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply